Monday, May 11, 2009

Jin Notti

PENGUMUMAN KERJASAMA ANTARA KRU STUDIOS DAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD BAGI MEREALISASIKAN KEMUNCULAN “JIN NOTTI”

5 Mei 2009 – KRU Studios mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad(TM) bagi filem ke-4 terbitan KRU Studios iaitu “JIN NOTTI” sebagai penaja utama.

Kerjasama antara KRU Studios dan TM terjalin selaras dengan pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem yang dinanti-nantikan tahun ini tetapi juga pelbagai tawaran menarik bagi pelanggan TM. KRU Studios berasa amat bangga kerana filem “JIN NOTTI” menjadi pilihan TM yang secara tidak langsung ianya merupakan filem pertama tajaan Telekom Malaysia Berhad.

“JIN NOTTI” meneruskan tradisi KRU Studios dalam menerbitkan filem –filem bercorak fantasi dibawah pengarahan sutradara Azhari Zain. Teknik penerbitan yang hebat tetap ditonjolkan menerusi penggunaan CGI (Computer Generated Imagery) dibawah suntingan Yusry Abdul Halim. Begitu juga barisan-barisan pelakon terpilih turut memberi lakonan yang mantap dan mengagumkan walaupun ini merupakan kali pertama membintangi filem yang bertaraf blockbuster. “JIN NOTTI” dibintangi oleh Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana sebagai NOTTI dan Cat Farish sebagai JINBARA.

Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.
1) Ruby – Seorang gadis remaja Punk yang berasal dari keluarga yang berpecah belah, nakal dan liar.
2) Y’vonne – Seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan.
3) Sharifah – Seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah.

Setiap kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya JINBARA sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan. Namun, sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Aziz. Dapatkah Notti menemui cinta sejatinya iaitu Aziz dan mencari hala tuju hidupnya sendiri? Semuanya akan terjawab dalam filem “JIN NOTTI” nanti.

“Ini merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh KRU Studios kepada saya untuk mengarah filem JIN NOTTI. Saya diberitahu oleh Norman, Yusry dan Edry tentang idea mereka dan kami duduk bersama untuk mengembangkan idea ini untuk dijadikan sebuah filem yang mengambil masa selama 5 hingga 6 bulan. Ini merupakan satu peluang yang baik kerana JIN NOTTI adalah filem pertama dibawah arahan saya” ulas pengarah JIN NOTTI, Azhari Zain.

“JIN NOTTI” turut menampilkan Bob Lokman sebagai JIN SAMSU, Adibah Noor sebagai SOFEA JIN, Acappan sebagai JINGAM, Hafidzuddin Fazli sebagai Nesti, Corie sebagai Taiko, Sazzy Falak sebagai Zulu, Sheila Mambo sebagai Ibu Zulu, Betty Benafe sebagai peguam bela dan David Teo sebagai Ketua Kongsi Gelap.

Menurut Norman Abdul Halim selaku Eksekutif Produser, “JIN NOTTI merupakan salah satu strategi KRU Studios dalam menghasilkan filem-filem berkualiti dengan menggunakan kreativiti pengarah-pengarah baru dalam memberi kelainan antara satu produk dengan produk terbitan KRU Studios yang lain.”

Naib Presiden Produk TM, Azizi A. Hadi ketika ditemui di majlis sidang media tersebut berkata,”TM tidak membataskan inisiatif pembangunan negara kepada pendidikan dan sukan. Sehubungan itu, TM kini memperluaskan sasaran kami dengan melibatkan industri seni dan hiburan. Sejajar dengan misi pembangunan negara TM; untuk melahirkan generasi pemimpin akan datang yang mahir di dalam bidang masing-masing, TM telah mengambil keputusan untuk menyokong filem JIN NOTTI ini bagi memainkan peranan kami di dalam memastikan industri filem tempatan terus berkembang di samping menggalakkan produser-produser filem untuk terus mengeluarkan filem-filem tempatan yang bermutu tinggi.”

Menurut Azizi, penglibatan TM juga adalah bagi menyokong penglibatan Fara Fauzana yang merupakan ’product endorser’ TM sejak 2007, yang pertama kali memegang watak utama dalam filem.

Sebagai penaja utama, TM turut menawarkan kandungan media online eksklusif filem JIN NOTTI melalui Hypp.TV, rakan kongsi online rasmi filem JIN NOTTI. Antara kandungan yang menarik dan ekskusif dari laman mikro JIN NOTTI di Hypp.TV adalah visual-visual disebalik tadbir pembikinan filem JIN NOTTI, potongan filem pendek (movie trailer), video muzik lagu tema filem JIN NOTTI “Seumur Hidup”, dan juga klip-klip video ekslusif dari filem tersebut.

Selain daripada melayari kandungan eksklusif di laman mikro tersebut, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah berupa barangan eksklusif filem JIN NOTTI dengan menyertai peraduan online. Di laman mikro ini juga, pelawat tidak ketinggalan untuk berinteraksi dengan pelakon watak-watak utama, krew di sebalik tabir – termasuk pengarah filem dan juga adik-beradik KRU. Semua kandungan eksklusif online ini boleh dinikmati secara PERCUMA dengan hanya mendaftarkan diri sebagai ahli Hypp.TV di www.hyyp.tv. Disamping itu, bersempena dengan penajaan filem ini, 50 pelanggan pertama yang mendaftar untuk pakej langganan 6 bulan Hypp.TV juga turut berpeluang untuk mendapatkan cenderahati eksklusif JIN NOTTI seperti poster ekslusif, kemeja T, tabung JIN NOTTI, tiket menonton wayang filem tersebut serta peluang menghadiri acara post party dan bertemu dengan para pelakon JIN NOTTI selepas tayangan perdana filem tersebut.
Di samping itu, sebagai penaja utama filem ini TM juga akan mengeluarkan kad panggilan prabayar iTalk edisi terhad bertemakan filem JIN NOTTI yang eksklusif sepanjang tempoh promosi dan tayangan filem JIN NOTTI. Kad prabayar yang menampilkan watak-watak utama filem Jin Notti – seperti Mawi,Fara Fauzana, Bob Lokman, Cat Farish, Adibah Noor – di dalam nilai denominasi RM10 dan RM30 yang boleh didapati di cawangan-cawangan TMpoint terpilih di seluruh negara serta wakil jualan sah TM dan juga semasa roadshow Jin Notti, HotFM/Streamyx Mini Jam & Futsal Tour dan sebagainya pada awal Julai nanti.

iTalk adalah kad panggilan prabayar yang membolehkan pengguna membuat panggilan antarabangsa dan tempatan pada kadar yang kompetitif. iTalk boleh digunakan dengan sebarang telefon mudah alih atau talian tetap. iTalk boleh didapati di lebih 11,000 pusat pengedaran di seluruh negara, termasuklah semua TMpoint di seluruh negara, mesin ATM Maybank Kawanku, kedai-kedai telefon mudah alih, stesen-stesen minyak dan kedai serbaguna yang mempamerkan tanda iTalk atau secara online di Maybank2u, RHBBank, CIMBClicks dan Mobile88. Kad-kad tersebut boleh diperolehi dalam denominasi RM10, RM20, RM30 dan RM50.

Lagu tema bagi filem “JIN NOTTI” berjudul “Seumur Hidup” nyanyian Dafi yang dipetik dari album sulungnya. “Seumur Hidup” dilengkapi dengan klip video dibawah arahan Abdulazeez W.R. yang akan ditayangkan secara eksklusif di laman web infotaiment Hypp.TV milik TM. Ini juga termasuk tiga(3) potongan filem pendek dari “JIN NOTTI” dipetik berdasarkan tiga(3) watak yang dilakonkan oleh Fara Fauzana iaitu Ruby (gadis Punk), Y’vonne (teman wanita kepada penjahat) dan Sharifah (peguam yang sofistikated) yang diberi tayangan secara eksklusif di Hypp.TV.

Sebagai langkah mempromosikan filem “JIN NOTTI”, KRU Studios dan TM bersepakat dalam menyediakan pelbagai aktiviti promosi bergerak ke seluruh Malaysia. Antaranya seperti promosi di booth KRU – JOM HEBOH (Lumut & Danga Bay) dan Kompleks Membeli Belah (Kedah, Penang, JB, Melaka, Klang Valley). Turut di rancakkan lagi dengan program-program yang di taja oleh TM seperti HOT FM (Sabah & Sarawak), Karnival ICT Sekolah (MSC) dan Gegar Felda (JB) yang akan bemula awal bulan Jun sehingga pertengahan bulan September selaras dengan tayangan filem ini dipawagam. Bagi menghormati bulan Ramadhan, TM akan mengadakan sebuah Majlis Berbuka Puasa “Sinar Ramadhan” bersama 100 orang anak yatim dengan ditemani oleh pelakon-pelakon filem “JIN NOTTI”. Antara yang lainnya, filem ini turut dinovelkan sebagai koleksi peribadi semua golongan.

“JIN NOTTI” dijangka menemui penonton di 60 buah pawagam seluruh Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri 2009. Untuk makluman lanjut sila layari www.krustudios.com

1 comment:

  1. lambatnya masuk. filem ni masih belum ada website ya.

    ReplyDelete