Tuesday, June 9, 2009

Majlis Kesyukuran Sempena Ulangtahun ke-17 KRU & Doa Selamat bagi Penggambaran Merong Mahawangsa

Barisan pelakon dan Penerbit Eksekutif "Hikayat Merong Mahawangsa" (Barisan belakang dari kiri: Ravi Sunderlingam, Henrik Norman, Craig Fong, Jing Lu, Yusry KRU, Norman KRU, Keith Chong, Edry KRU. Barisan depan dari kiri: Faiz Aizuddin Azmi (Pemenang Drama Pendek ERA), Cico, Gavin Stenhouse, Stephen Rahman Hughes


8hb Jun 2009 - KRU STUDIOS meraikan ulangtahun yang ke-17 dengan mengadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Wilayah Persekutuan KL. Miajlis bermula pada jam 7 malam ini dihadiri oleh para jemputan yang kebanyakkannya merupakan kakitangan KRU Studios, para artis, karyawan, syarikat-syarikat penaja, pelanggan serta wakil media cetak.


KRU berasa amat bersyukur dengan usaha yang dicapai dalam membangunkan jenama KRU diperingkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Antara kejayaan dalam cabang-cabang perniagaan KRU adalah merangkumi Filem Cereka, Muzik, Bahan Bacaan dan Program Televisyen.


KRU Studios baru sahaja selesai penggambaran dan pasca produksi bagi filem tempatan terbaru iaitu Jin Notti, My Spy dan Magika. Manakala bagi filem antarabangsa, proses penerbitan filem Deadline lakonan Brittany Murphy & Thora Birch teah mendapat tempahan di lebih 30 buah negara. Tidak kurang hebatnya sambutan program televisyen pertama terbitan KRU berjudul BIO-NIK mencecah kedudukan yang tinggi melebihi 3.3 juta penonton dalam hanya 3 episod yang disiarkan.


Bagi perniagaan muzik, kejayaan artis-artis KRU khususnya penjuaan secara digital menjadikan KRU memperoleh kutipan terbesar bagi kategori muzik tempatan. Di peringkat antarabangsa pula, kontrak kerjasama bagi pengedaran album Ladylike oleh Universal Music mendapat persetujuan enam (6) buah negara di Asia Tenggara (Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei, Malaysia) manakala bagi penjualan digital seleruh dunia dijalankan oleh syarikat Fox Mobile.


Penghasilan dalam perniagaan Bahan Bacaan seperti novel dan komik masing-masing mencatat penjualan yang memuaskan. Penjualan melebihi 100,000 naskah Siri Komik Cicakman tercatat di serata tanahair termasuk Singapura dan Brunei.


Dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2009, KRU akan beroperasi di studios baru yang terletak di Cyberjaya yang menjadi kebanggaan semua. Ini merupakan antara salah satu kejayaan terbesar KRU Studios yang di capai sepanjang 17 tahun berada di dalam bidang perniagaan. Ini juga akan membuka peluang untuk meningkatkan lagi prestasi perniagaan di peringkat antarabangsa selaras dengan syarikat-syarikat produksi yang lain.


Di majlis ini juga, KRU mengambil kesempatan memperkenalkan barisan pelakon-pelakon tempatan dan antarabangsa bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Henrik Norman, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Craig Fong, Keith Chong, Jehan Miskin, Cat Farish, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanida Imran dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA). Filem epik arahan Yusry Abdul Halim yang akan memulakan penggambaran pada 9hb Jun 2009 ini merupakan filem terbesar di bawah pengarahan beliau yang mendapat sokongan geran "e-Content" dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


KRU berterima kasih di atas segala sokongan yang diperoleh dari semua pihak termasuk sektor-sektor kerajaan, swasta, media dan yang paling utama adalah sokongan daripada penyokong serta pelanggan KRU Studios yang memberi sokongan sejak dari 17 tahun yang lalu. KRU juga berharap agar kerjasama ini dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang untuk mencapai wawasan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar utama di seluruh dunia bagi industri media dan hiburan.










































5 comments:

  1. wow, moga berjaya dengan filem ini

    ReplyDelete
  2. congrats KRU sudah 17 tahun..
    and to yusry selamat menjalani pengambaran Merong Mahawangsa..
    semoga filem ini berjaya bukan shj di dalam negeri malah berjaya diperingkat antarabangsa :)

    ReplyDelete
  3. Patutlah dalam gambar pakai selendang dan baju melayu. Ingatkan nak buat program raya ke. Nape tak buat kat Masjid Setiawangsa majlis tu. :)

    ReplyDelete
  4. good to know Bio-Nik is doing well! Suke cite tu. Hope it gets better. Congrats KRU!

    Visit my blog: http://bioniktv.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. sgt2 menarik~~sy tgh wt research psl filem ni~~ hope dpt + input dr filem ni~~

    ReplyDelete