Monday, May 11, 2009

BIO-NIK

PENGUMUMAN DRAMA BERSIRI TELEVISYEN PERTAMA TERBITAN KRU STUDIOS




11hb Mei 2009 – KRU Studios mengumumkan drama bersiri televisyen yang pertama terbitan mereka berjudul “BIO-NIK” yang akan disiarkan dalam slot AKSI di rangkaian televisyen popular tempatan iaitu TV3.

Selangkah lebih maju selepas kejayaan berturut-turut dilayar perak melalui filem-filem blockbuster seperti Cicakman 1, Cicakman 2-Planet Hitam dan Duyung. Kini lahirlah sebuah lagi karya terbitan KRU Studios dalam bentuk rancangan drama bersiri televisyen. Selain dari aksi lincah, "BIO-NIK” merupakan drama bersiri tempatan pertama yang tampil dengan sebegitu banyak shot CGI dan kesan khas audio.

Menurut Norman Abdul Halim – Penerbit Eksekutif “BIO-NIK” “Kami ingin cuba memberi kelainan melalui kepakaran dalam penerbitan rancangan televisyen dengan penggunaan teknik CGI. Kami berharap ini akan membantu menyumbang ke arah kenaikan taraf penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhan. Kami juga berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang kepada kami untuk berkarya dan berharap kerjasama antara KRU Studios dan TV3 ini akan terus dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang”.

“BIO-NIK” tampil dengan 26 episod yang mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang bernama Nik. Nik mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan yang serius pada keseluruh bahagian badannya. Bapanya, Professor Hafiz seorang saintis yang mengetuai projek bio-genetik serta organ “transplant” mengambil keputusan untuk menjadikan Nik sebagai bahan ujikajinya kerana itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan anaknya ke pangkuannya selepas segala cara perubatan konvensional gagal. Namun, projek yang digelar A.D.A.M (Advance Developmental Android Mechanism) ini membuatkan Professor Hafiz berada dalam dilema kerana memikirkan samada langkah ini adalah yang terbaik untuk masa depan anaknya dan ia tidak melanggar hukum alam. Setelah sembuh sepenuhnya, Nik terpaksa berhadapan dengan cabaran kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya. Disebalik segala dugaan ada hikmahnya; akhirnya Nik sedar kuasa luar biasa Nik merupakan satu-satunya cara yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah akan bakal menimpa dirinya, keluarganya dan Negara.

“BIO-NIK” turut menampilkan lagu hit daripada Adam iaitu “Robot”, “Benar Benar” dan yang paling terbaru “Tukang Gempak” sebagai lagu tema. Untuk maklumat lanjut layari laman web http://www.krustudios.com.
Sebagai langkah promosi, pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak TV3 seperti sesi temuramah media cetak dan elektronik bersama pelakon-pelakon “BIO-NIK” menerusi rancangan di TV3 iaitu Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini dan Apa-Apa Aje. Tidak ketinggalan promosi bergerak di JOM HEBOH yang akan datang di Danga Bay, Johor Bahru dengan penampilan pelakon seperti Kamal, Fizzow Omar, Intan, Tam dan Shaz. Tayangan “BIO-NIK” akan bermula pada 18hb Mei 2009, jam 9malam dalam slot AKSI di TV3.

3 comments:

  1. tak sabar nak tgk hasilnya. tgk iklan d tv nampak menarik juga, mcm kualiti filem

    ReplyDelete
  2. as salam..

    Tak aktif pun blog nie... harap blog ni akan aktif with the latest news..

    anyway.... tahniah atas pembinaan studio baru KRU tu....

    ReplyDelete
  3. as salam..

    semalam syu dah tengok ur drama bio-nik... ok dan great grafic..

    so keep it up...

    ReplyDelete